Shanghai: Sepasang suami isteri tempatan yang masih muda berdepan hukuman jenayah kerana menjual anak perempuan mereka dan menggunakan sebahagian wang itu untuk membeli iPhone, lapor media tempatan semalam.
Pendakwa raya di sini mengemukakan kes ke atas pasangan berkenaan atas tuduhan melakukan pemerdagangan manusia.
berikutan perbuatan mereka yang secara haram menjual anak kandung sebagai anak angkat menerusi tawaran di internet dan menerima wang untuk bayi mereka, lapor akhbar Liberation Daily.
Penyiasat menemui ibu itu, yang mana nama penuhnya tidak didedahkan, mendapati wanita itu menggunakan wang untuk membeli sebuah iPhone, sepadang kasut sukan mahal dan produk lain, juga secara online, katanya.
Produk keluaran Apple amat popular di China hingga ada yang sanggup bergadai nyawa untuk memiliknya.
Remaja jual buah pinggang
Satu laporan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang remaja menjual buah pinggangnya dan menggunakan hasil jualan organ sendiri untuk memberi sebuah iPhone dan iPad, satu insiden yang dilaporkan secara meluas tahun lalu.
Namun, pasangan itu juga dilaporkan memberitahu polis bahawa mereka mahukan anak perempuan sendiri mendapat kehidupan lebih baik oleh kerana mereka sudah memiliki dua anak lain.
“Menyerahkan anak kepada orang lain bukan untuk memperoleh manfaat namun memberi kanak-kanak itu jaminan lebih baik,” kata seorang dari mereka.
Polis dan pendakwa raya di bandar ini gagal dihubungi untuk mengulas lebih lanjut.
Laporan media ini tidak memberi jumlah yang diterima pasangan terbabit, namun berita online mendedahkan bahawa mereka mendapat bayaran antara 30,000 dan 50,000 yuan (RM15,537 dan RM25,883).
Bulan lalu, Apple melancarkan iPhone 5S, termasuk model berwarna emas, serta yang mampu milik iPhone 5C di China. - AFP

Menyerahkan anak kepada orang lain bukan untuk memperoleh manfaat namun memberi kanak-kanak itu jaminan lebih baik” Suspek

sumber berita harian
No comments:
Post a Comment